Siti Sarah

Siti Sarah Raisuddin (lahir 15 September 1984), merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1]Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah "Artis Baru Terbaik", "Album Pop Terbaik" dan "Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)". Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk "Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)", iaitu dalam kategori "Artis Baru Wanita Terbaik". Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.